topbanner
Click on the slide!

Saramsak Kram

Seorang penyerang yang sangat laju dan pantas. Sesuai menjadi super sub kepada stricker utama dan mempunyai stamina yang sangat baik. Apabila beraksi akan memberi momentum kepada serangan pasukan Kedah

Click on the slide!

Badrol Bakhtiar

Bermain di posisi sayap kiri/kanan. Sangat pantas serta bijak mengawal tempo permainan . Mempunyai keupayaan menjaringkan gol yang sangat bagus serta hantaran lintang yang tepat.

Click on the slide!

Helmi Eliza Ellias

Helmi Eliza Ellias merupakan pemain berbakat yang bermain di posisi Penjaga Gol. Lahir di Alor Setar Kedah pada 20 Januari 1983 dan Memakai Jersi No 1

Click on the slide!

HKC LK - Futsal Kain Pelikat

Futsal pada 30 Julai 2009 ialah setiap ahli HKC dimestikan memakai Kain Pelikat. Bermacam-macam aksi dapat dilihat dan pastinya kebanyakkannya menarik untuk dijadikan kenangan...

Click on the slide!

Penyokong Fanatik HKC

Para penyokong hijaukuning.com tidak ketinggalan memperagakan bermacam-macam aksi menarik ketika Final Piala Malaysia 2008. Antara yang menarik ialah mewarnakan muka. Keep it up HKC

Click on the slide!

Team Gendang HKC

Sokongan tidak berbelah bagi dari Team Gendang HKC bergambar kenangan sempena perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah - Selangor di Stadium Darulaman Kedah

Click on the slide!

Sabree Bin Abu

Bermain di posisi Defensive Midfielder dan sangat mantap apabila menahan asakan dari tengah. Beliau mempunyai wisi dan misi apabila membuat hantaran

Click on the slide!

Kelab Penyokong Terbaik

Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC) telah menerima anugerah Khas daripada Persatuan Bolasepak Kedah dalam Majlis Malam KFA sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan dalam memberi sokongan kepada pasukan Kedah.

Click on the slide!

Kunjungan Hormat HKC

HKC diketuai Naib Presiden Saudara Romzi serta admin-admin, Mat-Arit, Sue, Mat-Bed, Zickey, My_Kenari serta CQOne telah mengadakan kunjungan hormat ke rumah Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang baru. Kunjungan merapatkan silaturrahim ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan KFA dengan Hijaukuning.Com

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
Catatan pengembaraan memancing..

Bertempat di Pulau Indah, Kelang

ikan"Alhamdulillah..alhamdulillah..(dengan rod melentur2)"…Rizal begitu teruja sambil kalut menggulung tangsi apabila   umpannya direntap mangsa.

Aksi seterusnya..hanya tali sahaja yg digulung naik tetapi hasilnya tiada. Mangsa dapat meloloskan diri. Perambut digigitnya putus. Namun itu hanya aksi di permulaan sebagai menyambut 5 tetamu yang pertama kali sampai ke tempat mereka.

Perjalanan bermula jam 8.15 malam dari Setiawangsa menaiki turbo Rizal. Kemudian rombongan 4 orang; Mat Jan (Rizal), Apiez (Kola Jerlun), Jat (m.j) dan Jamal (saqafie) bergabung dengan Q Firdaus di Caltex Kinrara. Sampai di Caltex kelihatan Q dengan slamba 'membaham' 3 bijik burger. Sebelum itu, Alang memaklumkan yang kawannya Fifi akan turut serta join ke Pulau Indah, destinasi yang dituju untuk trip memancing kali ini. Sampai di Tol Sunway, kami bergabung dengan Fifi yang datang berdua bersama pasangan beliau.

Perjalanan diteruskan, lebih kurang jam 10 malam kami sampai di Laguna Park (Pier 1). Rombongan meninjau tempat yang pertama kali kami sampai. Ramai jugak orang. Kebanyakan datang bersama keluarga. Memang disitu disediakan tempat pelbagai kemudahan dari tempat memancing (pelantar konkrit), tandas sehingga tempat makan berkaraoke. Tempat rekreasi memancing.

Auuuwwww!! Semua memandang. Jat menjerit!

"Aku geli…sambil kelepiaq perumpun di tangan" keh keh keh semua gelak kat dia girl_crazy.gif

"Kalau cacing takpa, aku dah besa, ni 1st time aku pegang perumpun ni.." explain Jat cuba kaver.. ekeke (tp apa beza cacing ngn perumpun Jat oiii…lebih kurang ja..ekeke)

Pancing di labuh untuk makanan ikan. Tapi kami pun lapaq.

"Sebelum ikan makan, kita pun kena makan.." Mat Jan bersuara.

Fifi kemudian meng'ofer' diri nak pi beli makanan di food court berkaraoke berhampiran.

Makanan sampai, mat jan dengan mee goring+kopi ais, aku pesan ns goreng kampung+teh 'o' ais. Makan separuh Q pun mai kat aku, mai sket..aku pun bagi la..abih dia makan separuh nasi aku.

"cepatnya ang makan Q.."

"eleh..tinggai sket ja pun, ada kot 2 suap, tak beghasa pa.."..gulp~ Separuh polisterin pun dia tak beghasa lagi..taktau nak kata pa dah laa..ekeke

Selepas tu masing2 menumpukan kepada joran masing2.

Box kai Fifi melentuq2..uish sakan tuu..tarik punya tarik, mangsa kelihatan selepas penat bertarung! Mak aii besaqnya…………..tayar lori! Keh keh keh

Lepas tu box kai mat jan plak tergedik2…amboi dia menangkap sungguh aihhh…apalagi, matjan pon melompat la. Teruih cepat2 karau tangsi…..mangsa meronta2, matjan teruih melayan mangsa.. mat jan merentap, mangsa jugak meronta..wow sakan gak nii…kat ataih pelantaq ada sorg membe pun bertarung gak..umpan dia mengena! Mengena kail mat jan..ekekeke

Kumpulan lagi satu yg dok belah kanan pelantaq Q, mat jaih, ngn kola xkurang gak dgn aksi melayan ikan.. (aku, fifi, matjan dok belah kiri pelantaq)

Apa yang menarik ialah Q bertarung dgn ikan batu…mmg dasat (ada gambaq, nnt Q boh la tuuu..)

Sejam berlalu..buah sulung penaik semangat xdak lagi nih..matjan resah gelisah, mana ajis ni, janji awai kol 11 dia sampai nk bawa pi port..ajis oh ajis..teruih matjan call ajis..

"ampa pi xkena port" ajis bgtau matjan..ampa kena pi dpn lagi..ok jom kawan2, kita ubah port..jerkah matjan!

Kali ni kat pier 2…

Org xramai..cun ah..tnya depa hat dok mengai, gelama ada laa…gelama pon gelama laa..

Joran dilabuh..xdan berapa minet matjan rentap dah sambil Q pon melabuh gak..melabuh pungkoq bdengkuh..keh keh keh..

Matjan bawak nek ikan wei..ikan duriiiiiiii!!!!!....yang baru beranak..huahuahua

Fifi pon xkurangnya..dia pun bawak nek ikan gak…ikan duri gak..besaq wei..besaq sket pada ikan duri matjan…kikikiki

Lebey kurang sejam lps tu..ajis sampai..bungkuih lagi, kita pindah lagii..pi port baeeeeeeeekk punya!

Tp sblm tu kami menunjukkan keperihatinan kami, C&R..catch & release ataupun bahasa kot kola jerlun nuu dia de[a panggey tangkap dan lepaih ikan2 duri yg besaq tuu..saja la, suh dia beranak byk dl, nnt kami mai tangkap len…

Sebelum gerak, ajis tnya ampa mai ni bawa keta elok ka? Uiks..awat plak?

Dak aih..kami mai nek reta huduh2 ja…setakat gen2 Q ja..xpa bataih ban suma berani redah punya…

Keta melunsuq pi port baru….

Tudiaaaaaaaa..tang mana nk pi ni..segala denai di redah, onak dan duri tidak dipedulikan…selut sekerat betih…(buhung ja.. dirol.gif ) sbnaqnya jln mini tat..

Dalam perjalanan kami dapat merungkai asal usul sbnr Q firdaus..kalau ampa nak tau, Q sbnaqnya berasal dari kampong Q, dekat pulau indah, klang..dak aih, kali ni xmuhung aih..btoi, ada kampong Q..xcaya suh Q upload gambaq tgk..

Selepas mengharungi perjalanan yg boleh kata agak mencabar la gak..lebih2 lagi nk lintas parit dgn titi kayu kami sampai la ke tmpat yg dituju..

Fifi minta diri nak blk dulu..tggal la kami berlima+ajis

Ajis sbg tuan rumah p riki tmpat..dua tiga kali dia pusing, kemudian dia mai habaq platun pnuh (btoi tatau eja, dgaq ajis ckp camtu)..suma org dah book..kat situ kena bayaq, macam ajis dah habaq sblm ni 1 btg kail kn bayaq 4 hinggit tp kalau kail panjang sejengkai boley bawak masuk preee..!! ekeke

Ajis cari lagi..nk jadi rezki kami, ada org nk blk dah..so kami amik alih tempat depa…

Tempat dia agak bes gak laa..nk cerita pon xreti gak camna..1 platun aku dok tgk elok utk 3 or 4 org camtu..tapi kami dok ja 5 org skali+ajis..tapi sbb ada Q platun jadi senget sebelah, len kali kena bwak bob sharel, baru balance, kalau xbalance pon tenggelam teruih jaa..ekeke dance3.gif declare.gif (maap nooo..lawak ja)

Masing2 amik tmpat..kail dilabuh..Q xdak box kail dah..td dia pnjam hat fifi ja, ni dah fifi dh blk dia dok nganga ja la..

Matjan dok sentak box kail..mangsa melawan..(baca balik hat perenggan ataih td..cerita sama ja..ekeke)

Pastu ajis minta diri dulu, dia reja esok (ahad)…tinggal la kami berlima..

Q nek nk pi kat reta..pi amik ayaq tertinggal dlm reta..

Dok sat dia mai blk..nah haih..bkn ayaq ja dia bawak. Abih bantai ijau kuning dlm reta matjan dia bawak mai..kikikiki

Tak berapa lama pastu matjan Berjaya menaikkan mangsa pertama…ikan senangin apiez habaq..kami hat len ni pecaya laa..hat jenih xkenai ikan..ekekeke crazy.gif

Yang syok nya..mesin 'benet' matjan hat baru beli petang sblm p mengai tu buat hal..tgh dok layan senangin mesin dia sangkut, jenuh dia kampoi tali guna tangan..tapi Alhamdulillah la senangin tu tak telepas..lps amik gambaq pa lebih kurang, mola la matjan nk bebai ngn mesin benet dia..baru ja beli buat hal..dekat stgh jam gak la dia dok perosah…

Tgk matjan penaik ikan, Q pun semangat nk mengai gak..dia amik box kail mat jaih..abih mat jaih buat pa?mat jaih gunaknlah bantai yang ada..jgn membazir..tak elok..ekeke

Huh tak dan berapa lama aih..Q pun join mat jaih gak..

Aksi seterusnya byk dok layan ikan dok 'gigit' umpan jaa…dan juga ada la dua tiga kali dok sentak tp tak lekat..

Pastu aku pon tatau..sbb aku pon join mat jaih ngn Q gak..huahuahuahua

5.30am suma pakat berkemaih nk blk..perut masing2 lapaq, xdak makanan..

"Q…ang mai dok lena ja"

"Uish mana ada..tp terima kasih la matjan bagi pnjam bantai.." kah kah kah Q pandai buat lawak.. clapping.gif dance3.gif dance4.gif

Pastu kami cari kedai makan..Q bawk pi kedai mamak kat mana tatau drinks.gif ..lps mkn teruih balik, sampai setiawangsa koi 7..

aku mangkit koi 1..matjan msg..ikan yg dia dpt tu ikan kurau, berat 550 KG! ohmy.gif (mak aiii berat nya matjan…skali dia silap la..550gram ja la..) harga RM7.50..sekilo RM14..dia tau mana, dia tnya org juai ikan..ekekeke smile.gif

sekian catatan pengembaraan sambil mengai..memang menyeronokkan walaupun hanya 3 ekoq ikan yang berjaya didaratkan....pasni bley buat trip lagi..

Sumber dari topik Memancing HKC
http://www.hijaukuning.com/forum/index.php?showtopic=541&st=140


Komen (0)Add Comment
Tulis komen.
 
 
kecilkan | besarkan
 

busy
 
Sumbangan Dana HKC 2009
blogHKCAS blogHKCLK
Keputusan Piala FA 2010
NoPasukanVSPasukan
01Kedah zdzd2-0Sabah
02Sabah0-1Kedah zd
03Kedah 0-0Kelantan
04 Kelantan zd 1-1 Kedah zd
05 Kedah zd 1-1 ATM zd


Keputusan Liga Super 2010 (27 Feb 2010)
standing3mac2010

Kedudukan Semasa Liga Super 2010 (09 Mac 2010)

RnkTeamMPWDLGFGA+/-Pts
1  Selangor 9 7 1 1 23 7 16 22
2  Terengganu 8 5 2 1 16 4 12 17
3  Johor FC 8 5 1 2 10 7 3 16
4  Kelantan 8 4 3 1 11 3 8 15
5  Kedah 8 4 1 3 11 8 3 13
6  Pahang 8 4 1 3 11 13 -2 13
7  Negeri Sembilan 7 3 2 2 10 9 1 11
8  Perlis 8 3 2 3 7 6 1 11
9  Kuala Lumpur 8 2 4 2 6 9 -3 10
10  T-Team 8 2 3 3 8 8 0 9
11  Perak 8 1 3 4 6 11 -5 6
12  KL Plus FC 8 1 2 5 5 8 -3 5
13  Pulau Pinang 9 1 2 6 6 19 -13 5
14  Johor 7 0 1 6 2 20 -18 1

 

Hijaukuning.Com @ Facebook. Laman Rasmi Facebook Hijaukuning.Com

Berita Pilihan

Selangor rampas takhta, Kedah bangkit garang
11/02/2009

JUARA bertahan, Kedah akhirnya merasai nikmat kemenangan sulung, musim ini apabila dua gol sumbangan Mohd Fadly Baharom menghancurkan rekod sempurna pendahulu Liga Super, KL Plus dengan kemenangan 2-0 [ ... ]


Berita Pilihan Lain
bajuhkc
Jeebsion

Senarai Penjaring

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Kedah Badrol Bakhtiar 1
Kedah Azmi Muslim 1
Kedah Saramsak Kram 1
Kedah Faizal Abu Bakar 1

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Selangor Safee Sali
5
Selangor R Surendran
5
Terengganu Ashari Samsudin
5
Haris Safwan
4


icon-emailHKC

azraaisoccer

jeebsion

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam745
mod_vvisit_counterMinggu Ini5869
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5659
mod_vvisit_counterBulan Ini9970
mod_vvisit_counterBulan Lepas27489
mod_vvisit_counterSemua67013

HKC mempunyai: tetamu, 5 bots online
Your IP: 38.107.191.96
Today: Mar 12, 2010
Jumlah Pengunjung HKC 2010

Laman dan juga forum HijauKuning.com ini adalah hak milik Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah Darul Aman dan laman ini diwujudkan untuk membincangkan mengenai sukan bola sepak khasnya pasukan Kedah Darul Aman. Namun, segala pendapat dan juga tindakan mana-mana ahli di dalam laman ini tidak mencerminkan pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah sepenuhnya.

Hijaukuning.Com