topbanner
Click on the slide!

HKC LK - Futsal Kain Pelikat

Futsal pada 30 Julai 2009 ialah setiap ahli HKC dimestikan memakai Kain Pelikat. Bermacam-macam aksi dapat dilihat dan pastinya kebanyakkannya menarik untuk dijadikan kenangan...

Click on the slide!

Helmi Eliza Ellias

Helmi Eliza Ellias merupakan pemain berbakat yang bermain di posisi Penjaga Gol. Lahir di Alor Setar Kedah pada 20 Januari 1983 dan Memakai Jersi No 1

Click on the slide!

Badrol Bakhtiar

Bermain di posisi sayap kiri/kanan. Sangat pantas serta bijak mengawal tempo permainan . Mempunyai keupayaan menjaringkan gol yang sangat bagus serta hantaran lintang yang tepat.

Click on the slide!

Team Gendang HKC

Sokongan tidak berbelah bagi dari Team Gendang HKC bergambar kenangan sempena perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah - Selangor di Stadium Darulaman Kedah

Click on the slide!

Saramsak Kram

Seorang penyerang yang sangat laju dan pantas. Sesuai menjadi super sub kepada stricker utama dan mempunyai stamina yang sangat baik. Apabila beraksi akan memberi momentum kepada serangan pasukan Kedah

Click on the slide!

Kunjungan Hormat HKC

HKC diketuai Naib Presiden Saudara Romzi serta admin-admin, Mat-Arit, Sue, Mat-Bed, Zickey, My_Kenari serta CQOne telah mengadakan kunjungan hormat ke rumah Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang baru. Kunjungan merapatkan silaturrahim ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan KFA dengan Hijaukuning.Com

Click on the slide!

Penyokong Fanatik HKC

Para penyokong hijaukuning.com tidak ketinggalan memperagakan bermacam-macam aksi menarik ketika Final Piala Malaysia 2008. Antara yang menarik ialah mewarnakan muka. Keep it up HKC

Click on the slide!

Kelab Penyokong Terbaik

Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC) telah menerima anugerah Khas daripada Persatuan Bolasepak Kedah dalam Majlis Malam KFA sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan dalam memberi sokongan kepada pasukan Kedah.

Click on the slide!

Sabree Bin Abu

Bermain di posisi Defensive Midfielder dan sangat mantap apabila menahan asakan dari tengah. Beliau mempunyai wisi dan misi apabila membuat hantaran

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

logoHKCClubTerima kasih kepada semua ahli yang selama ini merancakkan suasana di dalam forum HKC sejak ia mula ditubuhkan hingga ke hari ini. Kami, pihak admin HKC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua. Kami banyak mendapat idea dan maklumbalas positif mengenai hala tuju HijauKuning.com pada masa depan dan sesungguhnya kami juga sudah perlu masanya kami menunaikan hasrat anda sebagai penyokong setia skuad Hijau Kuning dan HKC.

Sejak 2004, anda mungkin tidak mengetahui di sebalik tabir HKC, kami sedaya upaya untuk membangunkan platform ini untuk diterjemahkan kepada satu pertubuhan rasmi dan seterusnya akan memudahkan segala aktiviti HKC untuk dinikmati oleh semua ahli yang ada di sini. Akhirnya apa yang kita impikan tercapai juga, apabila Kelab Penyokong Hijau Kuning atau HijauKuning Supporters Club ( HKC ) telah berjaya didaftarkan pada Mac 2005.

Dengan itu, satu mesyuarat telah di adakan di kalangan orang lama HKC pada 30 April 2005 dan telah bersetuju dengan idea berikut :

1. Bayaran sebanyak RM32 ( yuran tahunan RM12 + yuran perdaftaran RM20 ) akan dikenakan terhadap mana-mana ahli yang ingin menyertai Rakan Kelab HijauKuning.Com . Namun untuk yang tidak mahu menyertai HKC, anda masih dapat mengakses ke laman portal HijauKuning.com, tetapi terhad ke sesetengah link dan mungkin sesetengah topic di dalam forum sahaja.

2. Bagi yang ingin mendaftar sebagai ahli HKC, anda akan mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya :

Diskaun bagi barangan yang dikeluarkan oleh HKC seperti jersi dan cenderamata
Urusan tiket akan cuba kami permudahkan untuk ahli yang mendaftar. Mungkin anda hanya perlu mendapatkan di tempat-tempat yang dinyatakan tanpa perlu beratur di kaunter tiket di stadium

Seisi perkenalan dan hari keluarga yang lebih menarik dan seterusnya akan mengeratkan talian silaturahim di kalangan kita sebagai penyokong Kedah Darul Aman

Memiliki email @hijaukuning.com sendiri

Mendapat maklumat terkini dari pasukan Kedah - INFO TERKINI dan sahih serta belum dikeluarkan oleh mana mana media

Temubual Ekslusif bersama coach, pemain dan pengurusan pasukan Kedah

Dapat memiliki video / koleksi game kedah melalui download folder dari server hijaukuning.com

Ahli yang berdaftar akan dapat memiliki kad ahli dan juga sticker motor atau kereta rasmi HKC

Dan banyak lagi akan dimaklumkan kemudian !!!


Komen (36)Add Comment
0
kamal
January 24, 2010
203.82.92.163
Undian: +0
ahli kelab hk

salam pengerusi hkc. saya ingin mendaftar sebagai ahli kelab tapi saya masih tidak tahu cara nak daftar...

terima kasih.

0
hijaukuning.com
January 25, 2010
202.190.153.128
Undian: +0
...

Salam kamal . boleh masuk ruangan download dan download borang hkc kat situ.. isikan borang tu... pastu send kat saya
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

borang tu mestilah disertakan sekali salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport
- Proses pembayaran Yuran keahlian sebanyak RM32 akan dimaklumkan kemudian lepas borang dihantar.

0
shukri
January 26, 2010
118.101.42.240
Undian: +1
ahli kelah HKC

Assalamualaikum warga penyokong setia hijau kuning..
salam pengerusi HKC. saya ingin mendaftar sebagai ahli kelab HKC. ingin saya bertnya kpd pengerusi HKC bagaimana cara untuk saya mendaftar sbgaia ahli kelab?

plz reply in my mail... thanx.smilies/cheesy.gif

0
shahputra
January 28, 2010
121.121.177.78
Undian: +0
nak beli jersi..

boleh tak beli jersi kedah secara online?
aku dok johor..mana ada juai kat sini
kalu ada tolong habaq nah..
aku nak

0
daus
January 28, 2010
116.197.81.138
Undian: +0
nk daftar

Salam,,
sy nk daftar keahlian hkc mcm mn erk?
sy cri ruangan download borng mcm xjmpa ja,,
klo nk daftar manual kna p kt mn ?

0
zamri
January 28, 2010
202.60.56.217
Undian: +0
kedah maju

salam.... mcm nk daftar kelab ny???? saya doakan stadium darul aman akan kembali menjadi stadium yg digeruni...smilies/grin.gif

0
Administrator
January 28, 2010
202.190.153.128
Undian: +0
Administrator Hijaukuning.Com

Link untuk download borang menjadi Rakan Kelab..

Sila ke Menu diatas: Galeri Hijaukuning-> Muat Turun

http://www.hijaukuning.com/v3/...,category/

Baju Kedah tidak dijual Online Insyallah akan diusahakan

boleh masuk ruangan download dan download borang hkc kat situ.. isikan borang tu... pastu send kat saya
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it dan \n This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it '> This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

borang tu mestilah disertakan sekali salinan kad pengenalan dan gambar berukuran passport

- Proses pembayaran Yuran keahlian sebanyak RM32 akan dimaklumkan kemudian lepas borang dihantar.

Sebarang Soalan juga boleh diPost di Forum HKC. Lebih ramai lagi admin / penghulu akan membalas soalan anda...

0
man_botak
January 29, 2010
203.82.92.169
Undian: +0
masalah pendaftaran

salam..saya dah hantar borang, gambar n salinan ic. sekarang saya dah daftar username dalam forum dan dah succes pun, masalhnya saya nak tanya:
1)Adakah kita akan dapat confirmation register dalam email sebab saya belum menerima apa2 respon selepas register?
2)selagi saya belum dapat confirmation register, adakah saya belum boleh guna forum?

terima kasih..

0
Admin
January 30, 2010
202.190.153.128
Undian: +0
Hijaukuning.Com

Masalah yang man_botak utarakan telah selesai. Sila check Provate Message di FORUM HKC dan juga sila semak email saudara.

- Biar Jasa jadi Kenangan-

0
asyraf
January 31, 2010
58.26.136.18
Undian: +0
nk jdi ahli kelab

salam pengerusi kat mana ya ruang untuk download borang ahli baru?

0
azrul
February 13, 2010
118.100.234.219
Undian: +0
x tahu lerr...

salam
sy ni i/c penang..
tp dok kedah dulu kat jitra..
la ni kat kl la...study..
layak x kalau nk dftr??
n then,sy xpandai la nk hntq2 pkai e-mail ni..
ada cara lain x??
dh lama sy nk join HKC ni..
tp baru hari ni jumpa..
sbb sy mmg x pandai bab2 komputer ni..
sy harap2 ada insan yg buleh tolong bg bantuan..

-biar jasa jadi kenangan-

0
azrul
February 15, 2010
115.132.101.155
Undian: +0
...

agaknye xde org nk jawab ke soalan kat atas ni...?

0
qfirdaus.
February 15, 2010
202.190.153.128
Undian: +0
Jawapan

Boleh sajer //takde masalah pun nak jadi ahli rakan kelab..Tapi subject kepada kelulusan admin la.. setiap permohonan ahli akan dinilai terlebih dahulu sebelum diluluskan ... kriteria penilaian tu sila tanya admin/admin di FORUM HKC... untuk cara-cara jadi ahli... Jawapan pun dah diberi.. kat atas atas komen dalam page ni.. boleh refer ok..Harap Maklum

0
azboy
February 16, 2010
115.133.152.82
Undian: +0
jersi

salam...saya nk beli jersi offical team kedah...ada x?

0
azrul
February 21, 2010
124.13.138.254
Undian: +0
kepada insan mulia

salam..

bantulah saya...

sy ada buat profile kat forum HKC..

tp,baru stengah jam join da kena block..

pasai apa tu??

buleh tlg bg jaan pnyelesaian x???

0
qfirdaus.
February 21, 2010
202.190.153.128
Undian: +1
Azrul

Boleh bagitau apa username di Forum... Nak check ..apa yang dimaksudkan kena block tu..

0
fauziroh za
February 22, 2010
115.135.207.126
Undian: +1
jersi baru

nak jadi ahli n nak oder baju

0
qfirdaus.
February 23, 2010
219.93.19.229
Undian: +0
faiziroh za

amatlah dialu alukan. Sila register kat forum hkc untuk order baju disana. wokeh..

0
asyraf
February 26, 2010
115.132.27.215
Undian: +1
nak antaq skali ngan ic mcm mna?

salam admin sori kalo menyusahkan...tapi saya dah wat email tapi xboleh nak guna g pasai pa? lagi 1 mcm mna nak hantaq slinan ic..antaq guna komputer?

0
azrul
February 27, 2010
60.52.103.153
Undian: +0
qfirdaus.

sy pnya username azrulNizam91..

tlg ye...

0
azrul
February 27, 2010
60.52.103.153
Undian: +0
admin

sy sokong asyraf tu...
sy pon da ada email kat yahoo..
borang pon da isi..
tp nak hantq tu la yg mnjadi problem utama..
pastu nak hntq ic dgn gmbaq camana???
kami mnx maaf la kalau mnyusahkan..
tp kami mmg brminat nk join HKC..
hrp pihak tuan dpt mmbntu kami...

0
azrul
February 27, 2010
60.52.103.153
Undian: +0
6-mar-2010

admin,
sy harap penyokong kedah akan turun beramai2 bg menentang musuh tradisi kita di stadium shah alam...semoga kita akan menggagalkan misi selangor untuk terus mendahului carta liga..

0
qfirdaus.
February 28, 2010
202.190.153.128
Undian: +0
Azrulnizam91

Saya sudah semak account anda di FOruM hijaukuning.com tak ada kena block apa apa pun.. Lagi satu ..nak hantar icc dan gambar tu..

kalau nak register sebgai ahli biasa tak perlu nak isi borang apa apa... tapi kalau nak register sebagai ahli bayar.. baru kena isi borang dan hantar satu salinan ic dan gambar ukuran passport.. Azrul boleh scan ic dan gambar tu dan send melalui emel. Harap Maklum ye. kalau tak dapat gak...sila masuk forum HKC dan bertanya kepada user yang berkaler Merah.. Merah adalah ADMIN ok.. Tq.

0
Yuti
March 04, 2010
202.184.111.67
Undian: +0
...

sy nk komen skit la psal team kedah..sy rasa bahagian tengah kedah tak kuat dan tak kreatif..tak ada hantaran yang berkualiti untuk penyerang menjaringkan gol..kedah dah ada penyerang yang bagus tapi selalu tak dapat bola..kedah patut gunakan bahagian sayap untuk hantar bola..kedah ada badrol bahtiar dan azmi muslim awat tak gunakan depa 2 orang ini sepenuhnya..depa ini laju..jangan main mcm lawan kelantan lagi bila lawan dengan selangor sabtu ni..sahrul nizam mustapha kena la kreatif sikit..letak penyerang azlan ismail dengan faizal abu bakar mestilah dapat jaringkan gol nanti..apa2 pon good luck tok kedah..sy pon p tengok nanti kedah lawan selangor..pulun kedah pulun..balun selangor kita balun.

smilies/smiley.gif

0
Yuti
March 04, 2010
202.184.111.67
Undian: +0
caler baju??caler kunin..hehe..kunin ka kuning

Diharapkan suma penyokong kedah pakai baju kaler kuning nanti p stadium shah alam..kita pakat2 gegaq stadium shah alam.smilies/grin.gif;smilies/smiley.gifsmilies/grin.gifsmilies/smiley.gif

0
FAZLEY
March 06, 2010
121.121.180.141
Undian: +0
PERLU UBAH CORAK PERMAINAN..

asalammualaikum kepada HKC dan semua.saya adalah peminat setia pasukan kedah walau saya dilahirkan di pahang....disni sy ingin komen terhadap pemain kedah....prestasi pasukan kedah skrg sudah semakin merosot.sy rase pemain lama mungkin lebih mantap dan boleh membawa jentera kedah. sy xsetuju jika azlan dan saramsak dijadikan sbg pemain tengah,lebih elok jika sabri abu dan shafiq jamal mengawal barisan tersebut.manakala pertahanan pula perlu membawa masuk shaprizan.pemain baru yang diambil kurang menyerlah dan larian yang lemah...disni juga ingin menyatakan corak permainan pasukan kedah kurang baik dan kucar kacir....mohon pihak pengurusan dan jurulatih kedah dapat mengubah corak permainan dan bermain seperti tahun2 yang lepas.

0
FAZLEY
March 06, 2010
121.121.180.141
Undian: +0
...

disini sy juga ingin menyatakan supaya paklong juga perlu dibawa masuk setelah dia sembuh nanti...untuk makluman semua,pasukan kedah ada potensi untuk menjuarai liga jika dapat ubah corak permainan yang lebih berstrategi....

0
Yuti
March 07, 2010
202.184.111.67
Undian: +0
kedah awat angpa men cam budak sekolah???

sy baru balik tengok bola kedah lawan selangor di stadium shah alam..betapa kecewanya saya dan puluhan ribu penyokong kedah yang lain apabila kedah tewas 4-o..yang menjadi masalahnya kedah main macam budak sekolah bawah 18 tahun..bahagian pertahanan memang begitu teruk kerana sering kali melakukan kesilapan mudah..bahagian tengah lagi la tak kreatif dan cepat betul hilang bola..kedah dapat ja bola terus lambung ke atas..commom la kedah nie bola sepak profesional la dah tak main macam 2 la..

0
Yuti
March 07, 2010
202.184.111.67
Undian: +0
kat kedah dah xda pemain tengah yang bagus dan kreatif dah ka???

disini sy nk bgtaw la skit btapa pntingnya pemain tengah yg kreatif..kita tengok barcelona depa ada xavi hernandez dan andres innesta depa ini yg slalu dok anta bola kt pnyerang skor gol..2 la depa slalu menang..cm man.united plak depa ada m.carrick dan d.fletcher depa nie ya slalu anta bola kt penyerang skor gol..dulu kedah da nelson sam martin tengok kedah dah menang 3 piala..bila dah xda pemain kreatif cm dia kedah nak menang pon susah..ada ka patut letak budak umo 19 men tengah..nak pegang bola lama skit pon takot..apa la jurulatih kedah nie pk..aku pon net heran..dia xtaw kot tengah 2 penting..klau tengah 2 kuat team 2 kuat la..haaa pening aku tengok kedah men malam tadi.

0
lan_merbok
March 07, 2010
60.54.198.165
Undian: +0
cmna nak join kelab hkc.

saya anak jati kedah dok kt ptrajaya, yang masalah skarang cmna nk apply jadi ahli kelab hkc ni.

0
lan_merbok
March 07, 2010
60.54.198.165
Undian: +0
cmna yek

klu sp2 yg tau tu cmna cr nk join hkc blh tlg emaill kt sini
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

0
Zieday
March 09, 2010
203.82.80.32
Undian: +0
Macam mana nak join kelab?

Semekom....

Aku dah 15 tahun duduk di sabah. Tapi sebagai rakyat kedah aku tetap menjadi penyokong setia kedah. Tolong habaq mai kat aku macam mana nak join kelab ni. pastu camna nak dapatkan barangan macam jersi.

tolong la habaq mai

0
azrul
March 09, 2010
203.82.66.202
Undian: +0
qfirdaus.

sy punya profile kat forum mmg xleh masuk pon..
tp da boleh dah...
heheh
thx ye..
errr...yang pasai hkc ahli bebayaq tu..saya akan usahakan..
insyaAllah sy akan hntq ic ngan gmbar..

sekarang ni saya nak komen pasai game dgn slangor..
mlm tu saya p stadium..saya sorg ja kedah..kawan2 saya semua s'gor..
btapa hampanya prasaan hatiki ini apabila kalah sampai 4-0..
nk kalah tu boleh...tp jgn la sampai 4-0..
kalah la 2-1 ka..
pape pon komen yuti tu mmg di sokong 999.99%..
harap pihak jurulatih dan pemain akan trus brusaha demi memartabatkan bola sepak negeri kita yang disayangi..

-biar jasa jadi kenangan-

-sokongan kami sepanjang zaman-

0
azrul
March 09, 2010
203.82.66.202
Undian: +0
qfirdaus.

halo3..
ha...
xbleh la profile ni...
bila sign in,dia tulis
[#1000] You are not allowed to visit this forum..

0
Yuti
March 11, 2010
202.184.111.67
Undian: +0
Piala FA..seri ja??

Kedah seri ja dengan ATM..biaq btoi..haha..dulu masa pemain import ada ATM kacang ja nie..la nie jadi kot len plak..haha..harap a.victor,fauzi shaari(pak long),khryil muhaimen dan fadliata taib cepat sembuh untuk kembali beraksi..xda depa nie cam xbest ja kedah main..tapi apa yang penting "kerjasama"..

"PuLuN kEdaH PuLuN"..POONNNNNNNN...POONNNNNNNN

Tulis komen.
 
 
kecilkan | besarkan
 

busy
 
bajuhkc
Jeebsion

Senarai Penjaring

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Kedah Badrol Bakhtiar 1
Kedah Azmi Muslim 1
Kedah Saramsak Kram 1
Kedah Faizal Abu Bakar 1

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Selangor Safee Sali
5
Selangor R Surendran
5
Terengganu Ashari Samsudin
5
Haris Safwan
4


icon-emailHKC
icon-sejarah

icon-logo

icon-perutusan

icon-sertai

icon-daftar

azraaisoccer

jeebsion

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam745
mod_vvisit_counterMinggu Ini5869
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5659
mod_vvisit_counterBulan Ini9970
mod_vvisit_counterBulan Lepas27489
mod_vvisit_counterSemua67013

HKC mempunyai: tetamu, 5 bots online
Your IP: 38.107.191.96
Today: Mar 12, 2010
Jumlah Pengunjung HKC 2010

Laman dan juga forum HijauKuning.com ini adalah hak milik Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah Darul Aman dan laman ini diwujudkan untuk membincangkan mengenai sukan bola sepak khasnya pasukan Kedah Darul Aman. Namun, segala pendapat dan juga tindakan mana-mana ahli di dalam laman ini tidak mencerminkan pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah sepenuhnya.

Hijaukuning.Com