topbanner
Click on the slide!

HKC LK - Futsal Kain Pelikat

Futsal pada 30 Julai 2009 ialah setiap ahli HKC dimestikan memakai Kain Pelikat. Bermacam-macam aksi dapat dilihat dan pastinya kebanyakkannya menarik untuk dijadikan kenangan...

Click on the slide!

Badrol Bakhtiar

Bermain di posisi sayap kiri/kanan. Sangat pantas serta bijak mengawal tempo permainan . Mempunyai keupayaan menjaringkan gol yang sangat bagus serta hantaran lintang yang tepat.

Click on the slide!

Kelab Penyokong Terbaik

Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC) telah menerima anugerah Khas daripada Persatuan Bolasepak Kedah dalam Majlis Malam KFA sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan dalam memberi sokongan kepada pasukan Kedah.

Click on the slide!

Sabree Bin Abu

Bermain di posisi Defensive Midfielder dan sangat mantap apabila menahan asakan dari tengah. Beliau mempunyai wisi dan misi apabila membuat hantaran

Click on the slide!

Team Gendang HKC

Sokongan tidak berbelah bagi dari Team Gendang HKC bergambar kenangan sempena perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah - Selangor di Stadium Darulaman Kedah

Click on the slide!

Helmi Eliza Ellias

Helmi Eliza Ellias merupakan pemain berbakat yang bermain di posisi Penjaga Gol. Lahir di Alor Setar Kedah pada 20 Januari 1983 dan Memakai Jersi No 1

Click on the slide!

Kunjungan Hormat HKC

HKC diketuai Naib Presiden Saudara Romzi serta admin-admin, Mat-Arit, Sue, Mat-Bed, Zickey, My_Kenari serta CQOne telah mengadakan kunjungan hormat ke rumah Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang baru. Kunjungan merapatkan silaturrahim ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan KFA dengan Hijaukuning.Com

Click on the slide!

Penyokong Fanatik HKC

Para penyokong hijaukuning.com tidak ketinggalan memperagakan bermacam-macam aksi menarik ketika Final Piala Malaysia 2008. Antara yang menarik ialah mewarnakan muka. Keep it up HKC

Click on the slide!

Saramsak Kram

Seorang penyerang yang sangat laju dan pantas. Sesuai menjadi super sub kepada stricker utama dan mempunyai stamina yang sangat baik. Apabila beraksi akan memberi momentum kepada serangan pasukan Kedah

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks

Selepas hampir enam tahun bersama pasukan bola sepak Kedah, jurulatih, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam secara rasmi meninggalkan Sang Kenari untuk membimbing pasukan Harimau Muda mengharungi saingan Liga Super musim depan.

Jurulatih berusia 57 tahun yang menjadi watak penting membantu Hijau Kuning meraih gelarantreble berganda Liga Malaysia itu menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Dr. Hamdan Mohamed Khalib semalam.

Keputusan itu antara lain dipercayai berpunca daripada prestasi hambar Kedah dalam saingan Liga Malaysia 2009 selain didakwa kecewa kerana tidak mendapat sokongan sepenuhnya pengurusan ketika mengendalikan skuad Hijau Kuning musim ini.

Mohd. Azraai memberitahu, dia akan mengendalikan skuad bawah 21 kebangsaan sedia ada iaitu juara Liga Perdana musim ini, Harimau Muda, mulai 1 November ini selepas menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jurulatih yang sinonim dengan skuad Hijau Kuning itu berkata, perasaannya bercampur baur antara sedih, hiba dan akan merindui pasukan Kedah tetapi berdasarkan perkembangan semasa termasuk mendakwa tidak mendapat sokongan sewajarnya, membuatkan dia tidak berminat untuk menyambung kontrak bersama Sang Kenari.

"Saya menerima panggilan daripada wakil FAM tengah hari ini (semalam) mengenai tawaran itu dan surat pengesahan akan dihantar kemudian.

"Dengan situasi semasa yang berlaku, saya tidak berminat untuk menyambung kontrak dengan Kedah dan telah menghantar surat memohon dilepaskan daripada jawatan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Mohd. Azraai yang mula membimbing Kedah sejak 2004 membantu pasukan itu menjuarai Liga Perdana pada musim 2005/2006, kemudian mencipta sejarah apabila muncul sebagai juaratreble berganda Liga Malaysia dua musim berikutnya.

Menurutnya, dia telah membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih dalam saingan domestik dan sekarang merupakan masa terbaik baginya untuk berbakti kepada negara dengan menghulurkan pengalaman membimbing skuad Harimau Muda.

"Sudah tiba masanya bagi saya untuk berusaha menghulurkan sumbangan pengalaman kepada skuad bola sepak negara khususnya dalam membangunkan bakat pemain-pemain muda,'' katanya.

Mengakui masih sayang dengan pasukan Kedah, Mohd. Azraai berkata, dia berharap Sang Kenari akan mendapat pengganti yang lebih baik dan mendoakan kejayaan itu pada musim-musim akan datang.

"Fokus saya kini ialah untuk membimbing pasukan Harimau Muda yang akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan. Pada masa sama, saya perlu berusaha mengembangkan bakat-bakat pemain muda dalam skuad itu kerana ia merupakan pelapis sukan bola sepak negara,'' katanya.

Utusan Malaysia - 16 Oktober 2009



Komen (0)Add Comment
Tulis komen.
 
 
kecilkan | besarkan
 

busy
 
Sumbangan Dana HKC 2009
blogHKCAS blogHKCLK
Keputusan Piala FA 2010
NoPasukanVSPasukan
01Kedah zdzd2-0Sabah
02Sabah0-1Kedah zd
03Kedah 0-0Kelantan
04 Kelantan zd 1-1 Kedah zd
05 Kedah zd 1-1 ATM zd


Keputusan Liga Super 2010 (27 Feb 2010)
standing3mac2010

Kedudukan Semasa Liga Super 2010 (09 Mac 2010)

RnkTeamMPWDLGFGA+/-Pts
1  Selangor 9 7 1 1 23 7 16 22
2  Terengganu 8 5 2 1 16 4 12 17
3  Johor FC 8 5 1 2 10 7 3 16
4  Kelantan 8 4 3 1 11 3 8 15
5  Kedah 8 4 1 3 11 8 3 13
6  Pahang 8 4 1 3 11 13 -2 13
7  Negeri Sembilan 7 3 2 2 10 9 1 11
8  Perlis 8 3 2 3 7 6 1 11
9  Kuala Lumpur 8 2 4 2 6 9 -3 10
10  T-Team 8 2 3 3 8 8 0 9
11  Perak 8 1 3 4 6 11 -5 6
12  KL Plus FC 8 1 2 5 5 8 -3 5
13  Pulau Pinang 9 1 2 6 6 19 -13 5
14  Johor 7 0 1 6 2 20 -18 1

 

Hijaukuning.Com @ Facebook. Laman Rasmi Facebook Hijaukuning.Com

Berita Pilihan

Selangor rampas takhta, Kedah bangkit garang
11/02/2009

JUARA bertahan, Kedah akhirnya merasai nikmat kemenangan sulung, musim ini apabila dua gol sumbangan Mohd Fadly Baharom menghancurkan rekod sempurna pendahulu Liga Super, KL Plus dengan kemenangan 2-0 [ ... ]


Berita Pilihan Lain
bajuhkc
Jeebsion

Senarai Penjaring

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Kedah Badrol Bakhtiar 1
Kedah Azmi Muslim 1
Kedah Saramsak Kram 1
Kedah Faizal Abu Bakar 1

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Selangor Safee Sali
5
Selangor R Surendran
5
Terengganu Ashari Samsudin
5
Haris Safwan
4


icon-emailHKC

azraaisoccer

jeebsion

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam745
mod_vvisit_counterMinggu Ini5869
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5659
mod_vvisit_counterBulan Ini9970
mod_vvisit_counterBulan Lepas27489
mod_vvisit_counterSemua67013

HKC mempunyai: tetamu, 5 bots online
Your IP: 38.107.191.96
Today: Mar 12, 2010
Jumlah Pengunjung HKC 2010

Laman dan juga forum HijauKuning.com ini adalah hak milik Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah Darul Aman dan laman ini diwujudkan untuk membincangkan mengenai sukan bola sepak khasnya pasukan Kedah Darul Aman. Namun, segala pendapat dan juga tindakan mana-mana ahli di dalam laman ini tidak mencerminkan pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah sepenuhnya.

Hijaukuning.Com