topbanner
Click on the slide!

HKC LK - Futsal Kain Pelikat

Futsal pada 30 Julai 2009 ialah setiap ahli HKC dimestikan memakai Kain Pelikat. Bermacam-macam aksi dapat dilihat dan pastinya kebanyakkannya menarik untuk dijadikan kenangan...

Click on the slide!

Sabree Bin Abu

Bermain di posisi Defensive Midfielder dan sangat mantap apabila menahan asakan dari tengah. Beliau mempunyai wisi dan misi apabila membuat hantaran

Click on the slide!

Saramsak Kram

Seorang penyerang yang sangat laju dan pantas. Sesuai menjadi super sub kepada stricker utama dan mempunyai stamina yang sangat baik. Apabila beraksi akan memberi momentum kepada serangan pasukan Kedah

Click on the slide!

Badrol Bakhtiar

Bermain di posisi sayap kiri/kanan. Sangat pantas serta bijak mengawal tempo permainan . Mempunyai keupayaan menjaringkan gol yang sangat bagus serta hantaran lintang yang tepat.

Click on the slide!

Helmi Eliza Ellias

Helmi Eliza Ellias merupakan pemain berbakat yang bermain di posisi Penjaga Gol. Lahir di Alor Setar Kedah pada 20 Januari 1983 dan Memakai Jersi No 1

Click on the slide!

Penyokong Fanatik HKC

Para penyokong hijaukuning.com tidak ketinggalan memperagakan bermacam-macam aksi menarik ketika Final Piala Malaysia 2008. Antara yang menarik ialah mewarnakan muka. Keep it up HKC

Click on the slide!

Team Gendang HKC

Sokongan tidak berbelah bagi dari Team Gendang HKC bergambar kenangan sempena perlawanan Piala Sumbangsih antara Kedah - Selangor di Stadium Darulaman Kedah

Click on the slide!

Kelab Penyokong Terbaik

Kelab Penyokong Hijaukuning (HKC) telah menerima anugerah Khas daripada Persatuan Bolasepak Kedah dalam Majlis Malam KFA sebagai pengiktirafan terhadap peranan yang dimainkan dalam memberi sokongan kepada pasukan Kedah.

Click on the slide!

Kunjungan Hormat HKC

HKC diketuai Naib Presiden Saudara Romzi serta admin-admin, Mat-Arit, Sue, Mat-Bed, Zickey, My_Kenari serta CQOne telah mengadakan kunjungan hormat ke rumah Menteri Besar Kedah selaku Presiden KFA yang baru. Kunjungan merapatkan silaturrahim ini bertujuan mengeratkan hubungan antara pengurusan KFA dengan Hijaukuning.Com

Frontpage Slideshow (version 2.0.0) - Copyright © 2006-2008 by JoomlaWorks
1987, 1988 dan 1989 [Naib Juara Piala Malaysia]

Musim gemilang buat pasukan Kedah bermula pada hujung 80an apabila Kedah ketika itu di bawah pimpinan Dato Ahmad Basri Akil dan jurulatih Haji Ahmad Shafie telah berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia selama tiga tahun berturut-turut iaitu pada tahun 1987, 1988 dan 1989. Antara pemain Kedah ketika itu ialah Ahmad Sobri, K.Ranichandran, Lee Kin Hong, Ng Chew Beng, Mohamad Ramli, Naina Mohamad, Koet King Heong, Idris Man, Chan Keat Swee, Radhi Mat Din, Hussin Jafar, Norazam Ishak.

Kedah tumpas 0-1 pada tahun 1987, dan pada tahun 1988 Kedah kecundang lagi dengan jaringan 0-3 manakala pada tahun berikutnya, dengan sedikit saingan, Kedah terpaksa pulang dengan kekecewaan apabila akur dengan jaringan 1-2


1990 [Juara Piala Malaysia]

Tahun 1990 merupakan tahun kegemilangan bagi skuad Hijau Kuning dan juga para penyokong setianya selama ini. Setelah menjadi pasukan yang kecewa di dalam awal tiga edisi final, Kedah akhirnya berjaya menobatkan dirinya sebagai Juara Piala Malaysia pada tahun ini. Di bawah pimpinan jurulatih import terbaik ketika itu, Milaous Kvacek, para pemain Kedah begitu bersemangat untuk membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Jelapang Padi..

Kali ini, pasukan jemputan iaitu Singapura berjaya ditumpaskan dengan jaringan 3-1 hasil jaringan penyerang import V Sundram Moorthy, pemain pertahanan, Ng Chew Beng dan pemain yang digelar ‘Kereta Kebal’, Romli Ghani. Jaringan Alistair Edward untuk Singapura masih tidak mampu untuk menghalang para pemain, pegawai dan penyokong Kedah dari berpesta malam itu. Kedah pada malam tersebut turut dinobatkan selaku pemenang Piala Fair Play Milo dan ketua pasukan Lee Kin Hong dinobatkan selaku Pemain Terbaik 1990.


1992 [Juara Divisyen 2, Naib Juara Piala Malaysia]

Dan pada tahun 1992, kebangkitan terhebat telah ditunjukkan oleh Kedah apabila berjaya menjuarai Liga Divisyen 2 dengan rekod tanpa sebarang kekalahan. Dan yang paling manis telah menjadi pasukan pertama dari Divisyen 2 yang layak ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada tahun 1992. Dengan kehadiran Robert Alberts sebagai jurulatih yang juga pakar taktikal terbaik pernah dimiliki Kedah, pemain import Nigeria, Olunbumi Adigun, Peter Nieketen dan juga pakar sepakan jarak jauh, Tibor Szaban, dengan dibantu barisan anak muda yang terbaik dan bersemangat tinggi, Kedah dilihat mampu menjadi pasukan pilihan. Tetapi hanya kesilapan kecil penjaga gol ketika iitu, Azmi Mahmud yang tersilap membuat percaturan, Zulhamizan Zakaria telah mengecewakan harap peminat Hijau Kuning apabila jaringan tunggalnya itu menjadi pemisah untuk memberikan Pahang kejuraan Piala Malaysia 1992.


1993 [Juara Divisyen 1 Juara Piala Malaysia]

1993 menyaksikan Kedah turut dinobatkan selaku Juara Liga Bahagian 1. Beraksi di dalam perlawanan akhir 1993, barisan Kedah ibarat gandingan dari skuad 1992 dengan beberapa pemain baru yang di bawa masuk antaranya Nidzam Adha dan Lim Teong Kim. Dan pada malam tersebut juga beberapa pemain muda telah diberi pendedahan dalam kesebelasan utama seperti Farizuan Che Hamid dan Lee Thean Ewe serta Feriza Ismail. Barisan import Kedah masih lagi diterajui oleh Adigun, Szaban dan Nieketien.

Dua jaringan menerusi Lee Kin Hong dan Radhi Md Din merupakan pemisah antara Kedah dan Singapura pada malam tersebut. Ahmad Sobri turut bertindak cemerlang menafikan sepakan penalti Alistair. Prestasi cemerlang dari Ahmad Sobri membolehkan dia dianugerah Pemain Terbaik Perlawanan Akhir manakala Feriza Ismail sebagai Pemain Harapan.


1996  [Juara Piala Malaysia]

Final Piala FA 96 pasti menjadi kenangan dalam lipatan sejarah bolasepak Kedah kerana ia melengkapkan koleksi piala milik Hijau Kuning. Setelah kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada tahun 1993, Kedah gagal mencipta sebarang kejayaan dalam semua pertandingan termasuk Piala FA.

Antara pemain terbaik Kedah ketika itu ialah gandingan Che Zambil, Nascimento, Nidzam dan Hashim Mustapha. Kemenangan 1-0 ke atas Sarawak di Stadium Merdeka telah menjadikan Kedah sebagai antara pasukan yang telah berjaya menyapu semua kejuaraan dalam bola sepak Malaysia.


2004 [Naib Juara Piala Malaysia]

Setelah kejuaraan 1993, Kedah telah menjadi antara pasukan disegani di dalam bola sepak tempatan, namun kebanyakan kemaraan pasukan Kedah ke perlawanan akhir tersekat di peringkat suku akhir atau separuh akhir. Akhirnya pada tahun 2004, pertemuan dengan Perlis di dalam perlawanan akhir ini dilihat sebagai titik mula untuk Kedah kembali membawa pulang piala ke bumi Darul Aman. Namun kesilapan penjaga gol, Megat Amir Faisal dalam membaca bola balingan Andrian Jurad Chamrong akhirnya memakan diri diri apabila jaringan itu juga yang telah menjadi pemisah antara dia pasukan utara ini.


2007 [Juala Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia]

Tahun yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, dua gol jaringan Marlon Alex James dan satu dari Khyril Muhaimeen sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Perak 3-0 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.

Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Bunyamin Omar, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.

2008 [Juala Liga Super, Juara Piala FA, Juara Piala Malaysia]

Tahun kedua yang paling gemilang bagi seluruh warga Darul Aman apabila menyaksikan Kedah memblot tiga piala utama di dalam kancah tempatan. Kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia telah membuatkan Kedah sebagai pasukan pertama yang berjaya membuat ‘double treble’ sejak Liga Super diperkenalkan pada 2004. Selepas kejayaan menewaskan Perlis dalam final Piala FA dengan 5-4, jaringan Marlon Alex James, jaringan khyril muhymeen dan jaringan Fadly Baharom sudah cukup untuk memberikan kegembiraan kepada para penyokong Hijau Kuning ketika menewaskan Selangor 3-2 di dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Bukit Jalil.

Pemain import Marlon Alex James, Nelson Sam Martin dan Auollar Hunggin telah memberikan impak yang terbaik kepada pasukan yang kebanyakannya dibarisi pemain muda Kenari seperti Ahmad Fauzi Shaari, Helmi Eliza Elias, Khyril Muhaimeen dan ramai lagi di bawah tunjuk ajar Azraai Khor Abdullah.

Merupakan tahun terakhir bagi pemain import setelah FAM mengarahkan tiada lagi import player untuk saingan 2009



Komen (1)Add Comment
0
hijaukuning.com
January 24, 2010
202.190.153.128
Undian: +1
Tahniah Kedah

Pencapaian 2 tahun berturut turut memenangi Trebel...amatlah manis untuk dikenang dan akan kekal selama lamanya dalam ingatan

Terim kasih Kedah

Tulis komen.
 
 
kecilkan | besarkan
 

busy
 
bajuhkc
Jeebsion

Senarai Penjaring

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Kedah Badrol Bakhtiar 1
Kedah Azmi Muslim 1
Kedah Saramsak Kram 1
Kedah Faizal Abu Bakar 1

Team Nama
Kedah Azlan Ismail 7
Selangor Safee Sali
5
Selangor R Surendran
5
Terengganu Ashari Samsudin
5
Haris Safwan
4


icon-emailHKC

Menu Kenari 09

icon-pasukan

icon-galeri

icon-rekod

icon-stadium

azraaisoccer

jeebsion

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini34
mod_vvisit_counterSemalam745
mod_vvisit_counterMinggu Ini5869
mod_vvisit_counterMinggu Lepas5659
mod_vvisit_counterBulan Ini9970
mod_vvisit_counterBulan Lepas27489
mod_vvisit_counterSemua67013

HKC mempunyai: tetamu, 5 bots online
Your IP: 38.107.191.98
Today: Mar 12, 2010
Jumlah Pengunjung HKC 2010

Laman dan juga forum HijauKuning.com ini adalah hak milik Kelab Penyokong Hijau Kuning Kedah Darul Aman dan laman ini diwujudkan untuk membincangkan mengenai sukan bola sepak khasnya pasukan Kedah Darul Aman. Namun, segala pendapat dan juga tindakan mana-mana ahli di dalam laman ini tidak mencerminkan pendirian Kelab Penyokong Hijau Kuning Negeri Kedah sepenuhnya.

Hijaukuning.Com